Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) mendapati ada pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan nama MITRA/ Ketua Pengarah MITRA ataupun sesiapa sahaja untuk membantu dalam memperoleh permohonan Geran Kewangan MITRA.
MITRA ingin memaklumkan bahawa semua permohonan hanya melalui Sistem Permohonan Geran Kewangan MITRA (SPGKM).
MITRA TIDAK PERNAH MELANTIK mana-mana pihak untuk membantu dalam permohonan Geran Kewangan MITRA.
Justeru, orang ramai adalah dinasihatkan untuk berhati-hati sekiranya menerima surat ataupun mendapat panggilan yang mendakwa bahawa mereka boleh mendapatkan geran kewangan MITRA bagi pihak Organisasi.
Untuk makluman juga, Permohonan Geran Kewangan MITRA dibuka pada 2 Disember 2024, Isnin jam 2.30 petang dan akan ditutup pada 5 Januari 2025, Ahad jam 5.00 petang.
Sebarang pertanyaan lanjut, sila e-mel kepada MITRA infomitra@jpm.gov.my atau hubungi di talian 03-8886 6221.
Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) mendapati ada pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan nama MITRA/ Ketua Pengarah MITRA ataupun sesiapa sahaja untuk membantu dalam memperoleh permohonan Geran Kewangan MITRA.
MITRA ingin memaklumkan bahawa semua permohonan hanya melalui Sistem Permohonan Geran Kewangan MITRA (SPGKM).
MITRA TIDAK PERNAH MELANTIK mana-mana pihak untuk membantu dalam permohonan Geran Kewangan MITRA.
Justeru, orang ramai adalah dinasihatkan untuk berhati-hati sekiranya menerima surat ataupun mendapat panggilan yang mendakwa bahawa mereka boleh mendapatkan geran kewangan MITRA bagi pihak Organisasi.
Untuk makluman juga, Permohonan Geran Kewangan MITRA dibuka pada 2 Disember 2024, Isnin jam 2.30 petang dan akan ditutup pada 5 Januari 2025, Ahad jam 5.00 petang.
Sebarang pertanyaan lanjut, sila e-mel kepada MITRA infomitra@mitra.gov.my atau hubungi di talian 03-8886 6221.